Sejarah

SK Taman Bukti Indah ditubuhkan mengambil sempena nama kawasan perumahan yang baru dibuka di kawasan barat Taman Perling yang dikenali sebagai Taman Bukit Indah. Taman-taman perumahan yang terdekat di kawasan ini ini ialah Taman Perling (Jalan Layang dan Jalan Rawa), Taman Utama, Taman Sutera, Taman Nusa Bestari, Taman Tan Sri Yaakob dan di sebelah utara ialah Taman Ungku Tun Aminah.
Alamat penuh bagi sekolah ini ialah SK Taman Bukit Indah, Jalan Indah 19/5, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru. Sekolah ini telah dibuka di atas tapak PTD 92305 seluas 3.5 ekar oleh sebuah syarikat swasta iaitu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn. Bhd. Dan reka bentuknya adalh Arkitek Abdul Latif Bin Mohd Muzamil. Sekolah ini telah dibina berdasarkan konsep ‘Design And Build’. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini dimulakan pada 29 Oktober 2000 dan jangkaan siap pada 28 Oktober 2001.
Walaupun secara fizikalnya ianya menepati masa, beberapa masalah kecil masih ada terutamanya masalah air. Sekolah ini mengandungi satu blok pentadbiran, 2 blok akademik, 1 blok kantin, 1 pondok pengawal, 1 tempat letak basikal, 1 tempat menunggu bas, 1 rumah sampah dan disediakan juga tempat meletak kenderaan guru.
Padang yang disediakan agak kecil dan tidak bersesuaian untuk dijadikan trek 200m, dan kepanjangannya tidak sampai 100m. Agak sukar untuk mengadakan sukan tahunan atau aktiviti sukan lain. Permasalahan lain seperti sukar mengadakan pertandingan gelanggang atau permainan lain seperti bola sepak dan bola baling.Sekolah ini dapat diserahkan ke Jabatan Pelajaran Negeri setelah 6 kali pemeriksaan dijalanlan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Kegagalan dalam pemeriksaan sekolah ini berkaitan dengan beberapa masalah utama seperti padang yang digenangi air, (bertakung) dan pengairan yang kurang kemas. Masalah kebocoran atap yang berpanjangan dan masih ada yang belum dibaiki sehingga penyerahan kunci contohnya Bilik Kaunseling.
Walau bagaimanapun pada 20 Mac 2003, sekolah ini telah rasminya diterima oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Advertisements